
ASsalamualaikum hambe2 allah semua lame jugak saya tak edit blog sajep bz sikit skrg nie dah sdty bz lah huhuhu rindu same awak2 lah dari topik sudah sekarg nie dah bulan ramandan lah maaf2 lambat ucap huhu rini saya nak cte dekat korang tentang seorang sahabat yang mulia nie ya allah sekarang nie aku rase antare aku n hambe allah nie jauh sajep tapi masing2 belajar same2 saya sayang kan sahabat saya n dia harap2 saya dengan dia kawan sampai bile2 kandang2 bila kawan2 baru rapat dengan dia saya jeles tak tahu kenape lah saya tak suke bila orang lain rampas kawan saya yang saya sayang selame nie !! sampai kan kawan2 baru kate aku n dia gadoh kep tidak sajep skrg nie maseng2 bedikari tapi saya tak boleh jauh daripada nye saya sayang kan bersahabatan kami2 harap2 tida siapa2 rampas ap yang saya ade sekrg gembira dapat kawan dengan hambe allah nie sayang dia sgt2 susah nak cari kawan mcm dia :(;(
Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
SAHABAT”.
No comments:
Post a Comment